Friday, March 13, 2009

meh dgr ini cerita!!

horla..anda masih lagi di siaran scha.FM.. lebih puaka dari biasa!! sebelom itu terima kasih kepada supporter2 akak yang dok view blog akak bjuta kali walaupon akak x taw korg saper..sesape yg x suka blog akak sila berambus korang..awas kalian..jangan dok menyalak tak tentu hala kt blog akak ni..

yer u ols..akak tumpang gembira bila blog akak ni dijadikan santapan jiwa di kala u ols pasrah, luka, duka, bosan, kecewa dan xde kerja..bukan niat akak nak memburukkan sesapa..gitula..akak hanya bercerita sahajor.. ilmiah x introduction akak..larikk!!!

yes u ols di hari jumaat yang hening lagi panas lahar ni akak nk buat entry tribute mengenai kawan2 akak yg bankyak mengharungi suda duka bersama akak..walaupon korang masing2 bermulut longkang, tp akak tahu, niat kita hanya 1, menjadi pondan elegant dan vogue mcm akak..tetap!!! yang penting bukan menjadi pondan yg xde hala tuju malah tidak layak utk menduduki spm sekalipun..yang penting kita ada degree..gitulah.. maeh akak perkenalkan mereka..


miss erina rina kelkatu sepi a.k.a sh**rul azrin

dilahirkan di tangga batu caves semasa sambutan hari thaipusam tanggal 26 tahun lepas. ops**. kekeliruan identiti beliau sudah disedari seawal umur setahun lagi. ini kerana beliau sangat gemar memakan jeruk kelubi berbanding makanan lain yang lebih bernutrisi contohnya susu dumex dan laen2. seperti biasa, kebanyakan pondan selalunya bijak dlm pelajaran, begitulah juga dengan miss erina, kejayaan anak jati persis tun teja parit buntar..(matilah pecah lobang org mana!!) dalam pelajaran membolehkan beliau melanjutkan pelajarnan ke salah sebuah sbp terkenal di seremban. kejayaan itu menjadi kebanggaan kedua ibu bapa dan seluruh parit buntar. namun, jiwa pondan yg x berapa kental menyebabkan dia hanya btahan seminggu sahaja..boleh?? alasan beliau, x suka mandi berkemban beramai2 di toilet.. boley?? kisah duka dalam hidup beliau dilenyapkan begitu sahaja bila selepas pmr beliau ke sebuah mrsm di balik pulau..motif korg x leh teka mrsm ape..

tanggal 2004 akak brkenalan dgn miss erina, berstatus sbg isteri org tidak pernah menghalang miss erina utk bgelar seorang jurutera. kerana ketekunan dlm pelajaran beliau diceraikan dengan talak 3..ambik kau!!lantas erina tersentap dlm misi menjejak segulung ijazah, kerana terkesan dgn penceraiaan beliau, maka pointer beliau pon hauk..kerana ingin bangkit dari kegagalan rumah tangga beliau, beliau menjalankan 1 misi iaitu 4 tahun mencari cinta..tu dia merasa kau..akhirnya pada semester akhir, beliau menemui cinta azali beliau, benarlah kata org2 tua, jangan bermain dengan api, berkenalan dengan "suami org" di atas bas kuning akhirnya membawa duka sehingga hampir meragut kewarasan beliau. kita sambung semula kisah cinta beliau selepas ini..

kegigihan miss erina adalah amat dikagumi, beliau sanggup menunggu bas berjam2 lamanya semata2 utk ke perpustakaan demi secebis ilmu..sesampai ke perpustakaan beliau akan segera ke rak buku. motifnya?? membaca semua majalah cth wanita, jelita, nona, keluarga dll..kau x pitam???. beliau juga sanggup berjalan kaki melebihi 3km dan adakalanya berkilo2 semata2 mahu release tension sedangkan cara terbaik release tension adalah mengadap ilahi..larikkk!!!
selain itu, beliau juga gigih ke bazar ramadhan utk membeli tau fu fa, utk kecantikan kulit katanya..namun tiap2 malam is yg habiskan..boley??so saper yang cantik..kisah diteruskan dengan iltizam beliau utk memakan sebijik limau sehari..utk vitamin c kepada kulit katanya..kecantikan semulajadi adalah penting..namun malangnya semua limau dihabiskan pondan2 laen yg suka melahap..ops**

kita sambung kisah cinta td, bercinta dengan suami org mmg akan membawa padah, itulah berlaku bila beliau diserang dan akhirnya beliau nekad utk melepaskan cinta tersebut..melupakan cinta yg tidak kesampaian bukanla sesuatu yang mudah. beliau sekali lagi terkesan, disaat2 terluka beliau ditemani oleh lagu "hati ini telah dilukai". apa yang lebih teruk beliau suka meracau kadang kala tahap meracau beliau sukar ditahkik..matilah.. masih akak ingat selepas tamatnya peperiksaan akhir kami bersama di bilik. waktu itu beliau sedang bermuram durja di pintu, kemudian beliau berlari mendapatkan jadual peperiksaan sambil menjerit kot2 ada paper yang beliau terlupa ambik..akak mengucap panjang***

tragedi itu membolehkan beliau dianugerahkan pingat PJK sempena sambutan maal hijrah 2007. PJK maksudnya Pondan Jiwa Kacau..

abaikan kisah lepas, kini miss erina sudah bergelar jurutera. antara kejayaan beliau ialah membeli dekoder astro dengan duit sendiri, membayar sekaligus motor dgn mem'swap" kredit kad, dan menghabiskan duit di starbucks selain beliau bercita2 menjadi seorang pemain golf profesional..pitam jap***


miss melynda organza nor al-lohong a.k.a hak*** ros**


lahir sebagai srikandi 23 tahun lepas di tengah2 ketebalan hutan belantara tidak pernah merencatkan proses pembesaran beliau. dididik dengan penuh ilmu dan nilai2 agama agar memastikan miss melynda menjadi manusia kelak. beliau diberi penekanan dalam sukan oleh org tua dan kawan2 sekampung yang sebaris tahap kepondanan mereka. bukan sukan badminton, jauh lagi bowling atau sepak raga. melynda amat menggemari sukan renang dan juga terjun..kau mampu?? maka beliau dan rakan2 seangkatan gemar meghabiskan waktu terluang di kolam renang a.k.a jeram dan lata. segala jenis renang adalah kacang saja bagi beliau, sebut saja kuak dada, lentang, kupu2 malah gaya dugong lemas pon beliau reti, zasst sahaja beliau akan melenggang mendemonstrasikannya. bukan sekadar renang, acara terjun amat beliau gemari, bukan papan anjal, namun batu2 dijadikan alas utk terjun..yang akak kagum melebihi 15m.azalina akan terpukau deknon. keghairana beliau dlm bidang sukan tidak lansung menyebabkan beliau alpa dalam pelajaran. menjadi ikon di sekolah menengah malah beliau dikenali oleh guru2 nya kerana menjawat jawatan ketua asrama dan hampir2 mnjawat jawatan ketua pengawas..pitam jap**

hobi beliau suka merasa segala jenis jeruk di jeti butterworth. dan beliau tidak pernah lekang dengan kisah cintanya. melynda juga dikenali dengan tastenya yang tinggi. baginya mencintai org melayu adalah membuang masa,duit dan tenaga.. atas alasan itu dia bercinta dengan warga myanmar..larik!!! dan bukit jambul menjadi saksi cinta mereka..adakah kau ingat melynda??? bercita2 menjadi macgyver malaysia ( tol x akak spell??) melynda mempunyai segala hargware di bawah katil beliau, dtg bilik dan mintak pinjam aja..cth : pisau rambo ( korg x takut?) segala jenis tukul, segala saiz nat, skru, tuas, dapur gas, cerek, heater, cuma bom n senapang utk tembak anjing kt depan umah jer blom ada..matilah!!


melynda juga dikenali kerana mempunyai jiwa yang murni, selain gemar menderma duit kepada lelaki2 miskin kelasnya dan kemudian tidak membayarnya, melynda skrg dalam proses mahkamah utk menyaman malu rakan serumah beliau sewaktu praktikal. insyaallah kita pakat support na..beliau akan menang kes itu..


miss iszabella puteri nour allyphant a.k.a iskan*** sh**


dilahirkan di tepi laut di sebuah pekan kecil di selatan tanah air. kelahiran beliau melahirkan 1 fenomena besar di kg kerana mempunyai berat 7kg semasa dilahirkan..ops** . kecenderungan beliaudikesan apabila suka melontarkan suara bertahap 6 oktet di gigi2 air sambil meluahkan kekurangan jiwa jiwa kpd tapak sulaiman, kuda laut dll. berstatus anak bongsu, beliau terpaksa berkongsi kasih sayang bersama 2 anak saudara beliau. yang berjantina lelaki namun hasil kasih sayang yang mencukupi, beliau membesar dan terus membesar dangan gahnya dan mereka bertiga berkawan rapat. namun menjadi kemusykilan apabila 2 anak saudaranya membesar sbg jantan sejati dan bgelar tentera namun beliau lemah gemalai dan menjadi mak ayam dalam bidang tarian..sunggoh kontra deknon.


mempelajari bidang kejuruteraan kerana ingin mengubah persepsi masyarakat tentang pondan serta menjadi pondan jurutera pertama dikampung. beliau amat cemerlang dalam pelajaran dan seringkali score dalam exam dan sekarang sedang bertungkus lumus siang dan malam bersengkang mata dgn projek tahun akhir beliau yang sudah pon siap 3%. boleh??? matilah kau!!!

menjadi manusia kita tidak boleh lepas dari bercinta, begitu juga beliau, seringkali terjerat dalam cinta yg x berkesudahan ( tolong pasang lagu sangkar cinta-ziana zain skunk jugak!!). setiap semester beliau akan menemui cinta baru. apa yang menjadi sebutan @ buah mulut pondan bermulut longkang adalah kerana kegigihan beliau menggabungkan nama beliau dangan cinta hatinya..ala2 persamaan kimia gitu, gabung segala..yang penting kau mampu?? yang terbaru riesz..ayyo..matilah akak kena terajang maut lpas ni..


jika melynda menggemari org luar negara, miss iszabella laen pula tastenya, cinta beliau pernah berputik di sebuah felda bernama bukit abu. namun kerana perbezaan jarak yang ketara selain bz dgn projek taun akhir beliau yang entah ke mana tu, maka beliau izinkan cintanya pergi..kini beliau hidup bersama sebotol halia bara yang disapu utk men'cutting'kan body beliau..tu dia!!! larikkk!!

itulah sedikit sinopsis tentang kawan2 baik akak, t akak smbung kawan2 yg len plak na..mereak yang susah senang bersama akak, walaupun kadang2 kita berbeza pendapat, citarasa dan adakalanya bergurau sehingga menyakitkan hati serta bermulut longkang tahap 8 petala. namun kita harus sedar kita masih lagi mempunyai hobi yang sama iaitu makan jeruk mangga!! larikk...

5 comments:

Anonymous said...

klaka la blog ko shaq..keep it up..ako sgt ske bace =)
hv a nice weekend!~

Anonymous said...

haha..
ako suker..
ko mmg lawak..
suker ati ko bg nama kat diorg..
teruskn karya anda..
jgn bhenti..
*pitam~~

meza said...

miss erina satu kg dgn aku.
hukhuk...

teruskan berceloteh...

suke!~

mraz86 said...

rase cm kenal je miss iszabella...hehe

myatiqah said...

aku mcm kenal je semo2 yg disebut itu..hahaha..
weh aku link ko ye..